Drama Melastik ke hatimu | Drama ini merupakan adaptasi dari novel Melastik ke hatimu karya Aqma Dee.Drama arahan Azmi Hatta ini diterajui oleh Janna Nick dan Andi Bernadee sebagai pelakon utama.Jumlah episod penuh sebanyak 13 episod dan telah pun memulakan tayangan di Slot Lestari TV 3 pada 21 Januari 2021 setiap rabu hingga sabtu jam 9 malam di tv3 yang mengantikan drama Hadiah Dari Tuhan.
Sinopsis
Mengisahkan Haura, seorang gadis kilang yang kononnya 'gangster' tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu kaya. Haura bercinta dengan Naim tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.
Haura terpaksa akur
apabila dijodohkan dengan Ziyyad, seorang tauke kilang di tempat dia dan
kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana
sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam
diam. Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan
Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya
untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan
kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk
suami.
Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.
No comments:
Post a Comment